logomelaka.jpg (6162 bytes)

bismillah.jpg (10699 bytes)

Laman Utama | Hantar Kemusykilan | Arkib Soalan/Jawapan Tarikh :

 

Pengirim WANJAH (w_khalie)
Alamat Bukit Katil, Melaka
Tarikh 29-11-2005
Kategori POLIGAMI
Tajuk Perkara-perkara berkenaan nikah
Soalan Assalamualaikum wrh.
1. Suami saya seorg peniaga, bagi membantunya dalam perniagaan perabotnya, dia telah berkahwin dengan warga indonesia. Persoalannya
a) walaupun saya cuba, saya tak dapat menerima madu saya ini, dengan sebab itu suami saya mengabaikan saya dari segi nafkah zahir dan batin. Berdosakah saya ustaz? dan apakah hukumnya.



Jawapan Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Hukum nusyuz haram, ia adalah salah satu daripada dosa besar. Puan termasuk dalam keadaan nusyuz kerana tidak mentaati suami dan suami puan boleh menghukum dengan cara memberi nasihat, pisahkan tempat tidur, memukul yang tidak memudaratkan dan membawa kepada pemerintah (hakim)sekiranya puan berterusan nusyuz dan bukan dengan cara mengabaikan nafkah zahir dan batin.

Wallahu A'lam
Tarikh kemaskini 07-02-2006


Laman Web ini dibangunkan oleh Universiti Multimedia
dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Radio Malaysia Melaka