logomelaka.jpg (6162 bytes)

bismillah.jpg (10699 bytes)

Laman Utama | Hantar Kemusykilan | Arkib Soalan/Jawapan Tarikh :

 

Pengirim Jaafar Musa (jmusa@aind.com)
Alamat 1216 Rolleston street, Harrisburg, Pa 17104 USA
Tarikh 23-12-2000
Kategori KEMASYARAKATAN
Tajuk Pekerjaan yg ada unsur syubhah
Soalan Assalamualaikum, Ustaz.

Soalan yang ingin saya kemukakan ini sudah lama berada difikiran dan inilah peluang terbaik kepada saya dan ahli keluarga.

(1) Saya bekerja di sebuah syarikat besar yang mempunyai pelbagai cabang perniagaan and perkhidmatan termasuk pergudangan yang melibatkan minuman keras.Soalan saya, apakah pendapatan yang saya peroleh dari pekerjaan saya sebagai "System Supports" yang memberi sokongan dalam komunikasi syarikat HARAM?

(2) Disebabkan rakan sekeliling mengatakan HARAM pendapatannya, adik ipar saya berhenti bekerja dari sebuah bank. Apakah benar pendapatan dari bekerja di bank yang melibatkan bunga dan sebagainya HARAM?

Sukar mencari pekerjaan di tanah orang yang benar-benar bersih. Harap tuan dapat memberi tunjuk-ajar kepada kami semua. Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada tuan dan keluarga serta semua saudara Islam.
Jawapan Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam.

1. Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam pernah bersabda yang bermaksud: "Allah telah melaknat arak, peminum arak, pembawa arak, pembeli arak, penjual arak, pembuat arak, orang yang minta dibuatkan arak, tukang angkat arak, dan orang yang diangkatkan arak kepadanya" (H.R. Abu Daud).
Ada 12 perkara yang terkena atas hukum itu sebagaimana yang disebutkan dalam al-Zawajir, iaitu meminumnya, memerahnya, minta diperahkan, membawanya, minta dibawakan, memberi minum, minta diminumkan, menjual, membeli, minta dibeli dan minta dijualkan, memakan harganya, menyimpan dan memilikinya.
Daripada dalil ini jelas menunjukkan bahawa tiada ruang untuk melonggarkan hukum arak ini. Ini termasuklah orang yang memberi sokongan dalam apa jua bentuk terhadap industri berkenaan. Sedikit atau banyak ia tetap dikira bersubahat. Oleh itu, hendaklah dicari pekerjaan yang bersih daripada unsur-unsur yang dilarang ini supaya kita terselamat daripada memakan yang syubhah dan haram. Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam pernah bersabda yang bermaksud: "Mencari yang halal adalah wajib atas setiap Muslim" (H.R. Thabrani dan Dailami)

2. Riba adalah satu unsur dalam muamalah yang diharamkan. Ia dikategorikan sebagai satu dosa besar yang boleh menghilangkan berkat daripada individu dan masyarakat. Syariat Islam memerintah supaya setiap umat Islam berusaha menentang dan menghapuskan maksiat. Oleh itu, segala bentuk kerjasama termasuk sokongan moral terhadap hal-hal dosa dan maksiat adalah haram. Orang Islam yang bekerja di bank konvensioanal yang mengamalkan riba' sedangkan dia mampu mendapat pekerjaan lain maka hendaklah dia bekerja di tempat lain itu, bukan di bank berkenaan supaya terjauh daripada perkara-perkara syubhah yang membawa kepada haram. Andainya seorang Muslim tidak memperolehi pekerjaan selain di bank berkenaan, maka bolehlah dia terus bekerja atas dasar pekerjaannnya itu adalah dalam keadaan bersangatan hajat (sekadar yang diperlukan) dengan harapan dapat melepaskan diri dari yang haram dan terbuka baginya peluang pekerjaan yang lain. Dalam situasi begini, hasil pendapatannya dari bank itu adalah halal dalam batas lingkungan
seperti yang ditetapkan oleh Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 173). Keadaan terpaksa tersebut hendaklah betul-betul berlaku pada seseorang bagi menyara hidup diri dan tanggungannya sedangkan dalam masa yang sama tiada pekerjaan yang sesuai untuk mendapat pendapatan yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan hidup diri dan tanggungannya.

(Rujuk Fatwa Mufti Kerajaan Brunei Darussalam m.s. 227-233)

Wallahu a'lam.
Tarikh kemaskini 03-01-2001


Laman Web ini dibangunkan oleh Universiti Multimedia
dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Radio Malaysia Melaka